Dilengkapi pendingin udara di setiap bilik tidur

Tel: 013-9100 570 / Midi. (1 malam sahaja = RM200) (2 malam = RM190/malam) (3 malam atau lebih = RM180/malam)

Selasa, 4 Mac 2014

Lokasi

RM1629, Jalan Rembia Perkasa 18,
Taman Rembia Perkasa,
78000 Alor Gajah,
Melaka

2°19'40.3"N 102°12'53.0"E
2.3278611, 102.2147222


Lebih mudah jika menggunakan GPS seperti 'Waze' atau 'Google Maps' dalam smartphone anda untuk menuju ke Hasidi Homestay.

Taip atau cari sahaja  h a s i d i h o m e s t a y  menggunakan aplikasi tersebut, pasti anda akan dibawa terus ke Hasidi Homestay.






Kawasan Yang Tenang


Lokasi yang selamat dan menenangkan

Hasidi Homestay terletak di kawasan perumahan di pinggir Lebuh Raya AMJ menuju ke Bandaraya Melaka. Anda pasti boleh berehat lebih selasa dan tenang di sini setelah berjalan jauh atau melancong kerana kawasan ini tidak sibuk dan bising dengan bunyi kenderaan dan sebagainya seperti di kawasan bandar. Perumahan ini terletak di kawasan kampung yang tenang iaitu Kampung Rembia.

Walaupun terletak di kawasan kampung, namun homestay ini masih dekat dengan tempat-tempat menarik di negeri Melaka seperti Pusat Bandaraya Melaka, Afarmosa Resort, Rivercruise Melaka, Zoo Melaka, Bandar Hilir dan lain-lain lagi iaitu kira-kira antara 20 minit  hingga ke 40 minit perjalanan sahaja menuju ke tempat-tempat tersebut.

Kedai dan restoran juga mudah dicari di sini kerana kedudukannya di tengah-tengah di antara Pekan Alor Gajah dengan Pekan Cheng. Dalam 10 minit perjalanan, anda akan sampai ke Pekan Alor Gajah atau Pekan Cheng yang terdapat Restoran KFC, Domino, Mc Donalds dan lain-lain.

Hasidi Homestay juga berhampiran dengan restoran masakan kampung dan masakan panas yang sedap. Jika anda mahu menikmati masakan kampung, kami cadangkan anda pergi ke Restoran Seri Saujana di Pekan Alor gajah, manakala Restoran Borahan yang menyajikan masakan panas pula hanya mangambil masa tidak sampai 5 minit untuk ke situ dengan menaiki kenderaan.

Anda pasti akan gembira menginap di sini. InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...